Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023SIRI LATIHAN SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL FAMA X MCMC DI PEDI TENDONG
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2023Latihan Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital oleh FAMA kepada usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dalam Portal e-dagang iaitu AgroBazaar Online...baca selanjutnya
TAKLIMAT CYBERSECURITY@ KLIK DENGAN BIJAK DI POLITEKNIK KOTA BHARU
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023PEDi Kok Lanas mendapat jemputan dari wakil pensyarah untuk memberi taklimat kepada warga pensyarah mengenai topik Cybersecurity...baca selanjutnya
PROGRAM KITA MADANI ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2023Program Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan Kampung Banggol Chica Pasir Mas...baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL KG PADANG TO’LA
Aktiviti Terkini | 9 Jun 2023Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Kg Padang To’La Bersama warga mengaji sekitar PEDi...baca selanjutnya
PAMERAN INOVASI STEM & ROBOT BATTLE, PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PPD PASIR MAS DENGAN KERJASAMA UTILITY AUTOMATION, PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN PASIR MAS DAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS BERSAMA PEDI TENDONG,DAN KOK LANAS
Aktiviti Terkini | 24 & 25 Mei 2023Pameran Inovasi STEM & Robot Battle Peringkat Kebangsaan...baca selanjutnya
JAMUAN RAYA PEDI KG PADANG TO’LA X PEDI KOK LANAS
Aktiviti Terkini | 21 Mei 2023Jamuan hari raya diadakan bagi meraikan ahli PEDi yang merupakan pengunjung tetap...baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA BERSAMA TABIKA KEMAS WIRAJAYANKRA KOK LANAS
Aktiviti Terkini | 16 April 2023Sesi pertama bagi program Bersama Tabika Kemas Wirajayankra adlah mewarna dengan bertemakan Aidilfitri...baca selanjutnya
PERTANDINGAN PERMAINAN ONLINE - FREE FIRE
Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023Garena Free Fire, juga dikenali sebagai Free Fire atau FF, ialah permainan permainan battle royale yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Garena untuk Android dan iOS dengan berslogan "Battle in Style"...baca selanjutnya
KARNIVAL KEUSAHAWANAN KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
Aktiviti Terkini | 8 & 9 Februari 2023Kolej Vokasional Pasir Mas mengadakan Karnival keusahawanan bagi meraikan usahawan yang dilahirkan di Kolej Vokasional Pasir Mas...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI PADANG TO’LA
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023Program Klik Dengan Bijak Bersama komuniti Padang To’La disertai oleh adik-adik pelajar sekolah dengan pengisian mini kuiz KDB,tayangan video KDB dan juga Crossword Puzzle KDB...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya