Mini Kuiz dan Jamuan Akhir Tahun

23 Disember 2016 - Program ini diadakan bagi mengakhiri tahun 2016 dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat menggalakkan pergaulan secara sihat disamping menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.

Kelebihan Aktiviti:

1. Peserta lebih peka dengan keadaan dalam Pi1m dan mengetahui apa matlamat sebenar pi1m dan fungsi kami kepada masyarakat.
2. Menggalakkan persaingan secara sihat, dapat melatih minda mereka supaya boleh berfikir dengan cepat.
3. Dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana yang harmoni.
4. Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program berfaedah.
5. Dapat memupuk nilai murni semasa makan,tidak membazir makanan, dapat berkongsi makanan dengan baik dan tidak berebut-rebut.

Pelaksanaan Aktiviti:

Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 20 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan seperti tayangan cerita, pop kuiz seperti kuiz berkenaan KDB ,pi1m, congkak dan game bonus Funny Pirate serta jamuan ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :