JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PI1M TENDONG
30 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk sekitar PI1M yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di PI1M. Jamuan ini dijalankan di PI1M Tendong pada 30 Julai 2016 pada jam 11 pagi. Antara juadah yang disediakan ialah rendang, nasi impit, kuah kacang, roti jala, biskut raya, koktel serta beberapa juadah yang lain. Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 60 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak dan remaja.
Kelebihan Aktiviti:
1. Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk sekitar PI1M sempena hari raya yang jatuh dalam bulan Julai.
2. Dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama staf PI1M bersama tetamu yang hadir.
3. Dapat menjamu selera dengan juadah hari raya yang disediakan serta beramah mesra bersama mereka.
4. Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program disini.
Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :