PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DENGAN KERJASAMA PI1M TENDONG

14 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kewujudan PI1M dan kemudahan yang tersedia. Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini juga penting bagi memberikan kesedaran pentingnya untuk mengetahui cara penggunaan internet yang betul dan tepat supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral tambahan lagi dikalangan murid sekolah yang masih mentah. Ia dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Othman Talib (1) pada 14 Jun 2016 pada jam 11.30 pagi selama 2 jam.

Kelebihan Aktiviti:
1. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai platform pembelajaran kepada murid sekolah.
2. Memberi pendedahan berkenaan fungsi utama Pusat Internet dan fungsi sampingan yang ada disini.
3. Dapat memperkenalkan program klik dengan di kalangan warga sekolah.
4. Mendidik pelajar sekolah supaya fokus dengan apa yang disampaikan dan mengambil isi penting untuk membolehkan mereka menjawab soalan yang akan diberikan di penghujung program nanti.
5. Dapat mengeratkan hubungan antara warga guru dan murid sekolah itu sendiri bersama staf Pusat Internet.
6. Program ini turut mengajar untuk bersaing secara sihat malah mengeratkan hubungan sesama peserta yang turut serta didalam program ini.

Pelaksanaan Aktiviti:

Program besar ini kita adakan bersama Pusat Internet 1 Malaysia Tendong. Murid yang menyertai Program KDB ini seramai 387 orang murid sekolah rendah tahap 2. Permulaan Program kita memperkenalkan Pusat Internet dan kemudahan yang disediakan disusuli dengan penerangan tentang Pengenalan kepada Klik Dengan Bijak iaitu program dari SKMM yang mana program ini mengajar murid murid atau siapa saja untuk menggunakan fungsi internet secara berhemah,cermat dan bijak. Kita juga sertakan tayangan video KDB dan selitkan kuiz sepanjang program berlansung.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :