MINI GAME DAN JAMUAN MAKAN

28 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bagi mengisi masa terluang dan menarik minat mereka dengan berterusan menyertai pelbagai program yang pihak PI1M jalankan setiap minggu.

Kelebihan Aktiviti :
1. Memperkenalkan pusat internet sebagai platform pembelajaran di kawasan ini.
2. Dapat memupuk semangat persaingan dengan cara yang sihat.
3. Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program disini.
4. Dapat mengeratkan hubungan sesama peserta yang turut serta didalam program ini.

Aktiviti ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 30 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak dan remaja.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :