MINI GAME & KUIZ MENGENALI PI1M

25 November 2016 - Program ini diadakan bagi menggalakkan  pengunjung supaya peka dengan Pi1m dan turut serta dengan program yang dijalankan bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di Pi1m.

Kelebihan Aktiviti:

1. Peserta lebih peka dengan keadaan dalam PI1M dan mengetahui apa matlamat sebenar pi1m dan fungsi kami kepada masyarakat.
2. Menggalakkan persaingan secara sihat, dapat melatih minda mereka supaya boleh berfikir dengan cepat.
3. Dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana yang harmoni.
4. Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program berfaedah.
5. Dapat memupuk nilai murni semasa makan,tidak membazir makanan, dapat berkongsi makanan dengan baik dan tidak berebut-rebut.

Pelaksanaan Aktiviti:

Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 20 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan seperti tayangan cerita kartun, mini game seperti kuiz berkenaan Pi1m To La ,game bonus teka biji gula-gula dan sedikit jamuan ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :