BENDERA DIGITAL & SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

26 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pusat Internet 1 Malaysia Padang To' La bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di Pusat Internet 1 Malaysia Padang To' La.

Kelebihan Aktiviti :

    • Memupuk nilai nilai perpaduan sesama peserta agar tidak lupa asal usul kemerdekaan di negara kita.
    • Meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan aktiviti yang menguji kreativiti untuk menghasilkan bendera digital.
    • Dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dan mengukuhkan ukhuwah antara peserta.
    • Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program berfaedah.

    Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 25 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak dan remaja. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan seperti melukis bendera menggunakan peranti paint, menyayi lagu negaraku, melaungkan rukun negara, memberikan sedikit penerangan mengenai kemerdekaan dan sedikit jamuan ringkas.

    Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :