PROGRAM HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG PADANG TO' LA

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Hari terbuka untuk Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) diadakan pada 24 September  2016 iaitu pada hari Sabtu. Lokasi hari terbuka ini diadakan di PI1M Padang To’ La. Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk sekitar Padang To’ La serta memperkukuhkan hubungan dengan penduduk sekitar dan JKKK Padang To’ La.

Majlis ini berlangsung pada 24 September 2016 dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang di Pusat Internet 1 Malaysia Padang To’La. Perasmian dilancarkan oleh YBhg. Dato Hj Hanafi bin Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas merangkap Pegawai Pembangunan Parlimen Pasir Mas.Program berkonsepkan ramah mesra dengan tetamu yang hadir dan bersama dengan penduduk kampung di sekitar ini. Selain itu juga, majlis ini turut mengetengahkan peranan Pusat Internet 1 Malaysia. Pelbagai acara telah diadakan seperti sukan rakyat dan perkhidmatan internet secara langsung kepada tetamu yang hadir disediakan. Pihak PI1M memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk mendaftar sebagai ahli PI1M serta memberikan hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar ahli PI1M Padang To’La pada hari perasmian itu. Sebanyak 300 pengunjung yang hadir pada hari Terbuka PI1M Padang To’ La.

  1. OBJEKTIF PROGRAM

    • Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kepada penduduk kampung.
    • Mesra bersama penduduk dan menggalakkan warga dewasa untuk datang ke PI1M.
    • Promosi untuk kelas komputer, kelas keusahawanan dan kelebihan menjadi ahli PI1M Padang To’ La.
    • Pendedahan terhadap KDB (Klik Dengan Bijak).

Ringkasan aktiviti - Indoor

  • Mewarna (Kertas)  – Pra Sekolah(5,6 Tahun)

  • Mewarna (Kertas)  – 7,8 tahun

  • Online Colouring   – 9,10,11 tahun

  • Online Mathematics – Sekolah Rendah

  • English Digital Typing-Sekolah Menengah

  • Outdoor (Peruntukan Pihak Luar)
    (Cabutan bertuah dan persembahan dikir barat turut diadakan)

    1. Kucing Tercantik
    2. Futsal-Bawah 17 tahun
    3. Kepit Sodok-Dewasa Lelaki
    4. Sepak Takraw-Dewasa Lelaki
    5. Kail Botol-Dewasa Wanita
    6. Makan Jagung Pantas-Remaja
    7. Basikal Lambat-Kanak-kanak
    8. Teka Biji Kacang - Terbuka
    9. Musang Berjanggut- Terbuka
    10. Tiup Belon- Kanak-Kanak
    11. Mekap Berpasangan – Ibu Dan Anak

     

    Matlamat utama program ini adalah untuk menambah bilangan ahli di PI1M Padang To’ La. Selain itu, ia juga dapat memberi ilmu tentang kepentingan PI1M Padang To’ La kepada murid-murid dan pihak pengurusan sekolah. Kami berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak DIGI yang membantu menyediakan Goodies Bag untuk pihak sekolah dan pihak pengurusan CCMSB.

    Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :