MINI GOTONG ROYONG

Aktiviti terkini | 28 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Padang Tok La

Tujuan :
Program ini diadakan bagi melatih peserta supaya mementingkan kebersihan, dapat menjaga kebersihan sekitar kawasan pi1m dan juga kebersihan diri. Peserta juga diabiasakan dengan sikap ringan tulang, mudah untuk memberi pertolongan dikala diperlukan.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Peserta lebih peka dengan kebersihan, dapat sama – sama menjaga kebersihan pi1m bersama.
• Melatih peserta supaya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukarela sebegini.
• Memberi penekanan pentingnya menjaga kebersihan.
• Dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana yang lebih bersih dan terurus.
• Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program yang dapat mengisi jasmani.
• Dapat memupuk nilai murni semasa makan,tidak membazir makanan, dapat berkongsi makanan dengan baik dan tidak berebut-rebut.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 10 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan seperti mencuci kawasan dalam pi1m seperti mencuci penapis aircond,menyapu sawang,mop lantai, menyapu kotoran di lantai, menyusun atur alatan dan almari untuk mewujudkan suasana baru. Setelah selesai pembersihan , peserta diminta mencuci tangan dan kaki menggunakan sabun supaya dapat bersedia untuk jamuan ringkas dalam keadaan yang bersih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :