PROGRAM IBADAH SOLAT

20 Januari 2017 - Program ini diadakan bagi memberi didikan supaya pemahaman mereka yang lebih jelas bagi kanak kanak yang masih merangkak dalam bacaan dan tertib solat. Kita awali tahun 2017 dengan menitik beratkan ibadah di kalangan kanak kanak yang masih dalam peringkat awal.

Kelebihan Aktiviti :

1. Peserta lebih jelas dengan tertib wudhuk,bacaan solat dan pergerakan dalam solat yang penting dalam menyempurnakan setiap fardhu solat.
2. Mendapat gambaran yang jelas semasa sesi amali berwudhuk dan solat.
3. Memberi penekanan pentingnya menyempurnakan solat.
4. Dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana yang harmoni dan ilmiah.
5. Mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai program yang dapat mengisi rohani.
6. Dapat memupuk nilai murni semasa makan,tidak membazir makanan, dapat berkongsi makanan dengan baik dan tidak berebut-rebut.

Pelaksanaan Aktiviti:

Program ini disertai oleh kalangan ahli dan bukan ahli anggaran 15 orang yang turut serta dan majoritinya golongan kanak kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan seperti tertib berwudhuk, tertib solat dan amali bacaan solat serta jamuan ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :