PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1MALAYSIA

Aktiviti terkini | 05 - 06 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Penggu, Bechah Semak

Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia (K1M) peringkat daerah pasir mas, berjaya menyatukan hubungan antara ahli K1M selain mempereratkan hubungan dengan agensi kerajaan. Program dua hari bermula 05 ~ 06 Mei 2017 anjuran Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Penggu, Bechah Semak, Pasir Mas, mengumpulkan ahli dari K1M dari seluruh daeerah pasir mas selain membabitkan pelbagai agensi kerajaan.

Pelbagai akitiviti diadakan sempena program ini. Pada program itu, orang ramai juga berpeluang membeli produk seperti makanan ringan, makanan kesihatan dan kraftangan yang dihasilkan oleh K1M. Selain itu, pengunjung yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pilihan Raya, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Pasir Mas, Tabung Haji dan Bank Rakyat.

Aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah dan cabutan bertuah untuk pengunjung. Pada sebelah malam, orang ramai dihidangkan dengan persembahan Dikir Barat. Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Hanafi Mamat ketika merasmikan program itu berkata, penganjuran program itu adalah solidariti rakyat bagi menunjukkan kecintaan kepada negara melalui semangat perpaduan erat antara satu sama lain. Katanya, program Sepakat K1M bukan sahaja platform terbaik menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat malah berperanan menjadi medium bagi menyampaikan maklumat sahih kepada komuniti termasuk dasar kerajaan secara tepat dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :