SUKANEKA BERSAMA KRT BANDAR PASIR MAS C

Aktiviti terkini | 18 November 2017

Tempat Aktiviti:
Balairaya & Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Tok La

Butiran Aktiviti :
Program Sukaneka ini diadakan bersama pihak KRT Bandar Pasir Mas C ,Pi1m turut serta bersama –sama berganding bahu bagi menjayakan sukan tahunan ini. Kerjasama yang kita adakan untuk mengeratkan hubungan antara warga komuniti dan pi1m tokla. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah mewarna bagi kanak-kanak, tiup belon, lastik kulit etok, futsal remaja, sepak takraw, kail botol,dart, sambut menantu,sepakan penalti dan haji serta cabutan bertuah. Penerangan mengenai KDB turut diselitkan. Pemeriksaan percuma dari pihak KOSPEN juga diadakan.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat.
• Meraikan penduduk sekitar pi1m dengan mengadakan aktiviti yang dapat mengisi jasmani.
• Mengukuhkan jalinan ukhuwah antara warga komuniti di pi1m tokla.
• Mengeratkan hubungan sillaturahim antara peserta dan staf pi1m.
• Pengisian masa lapang para peserta dengan aktiviti yang sihat.
• Memupuk sikap tanggungjawab unutk menjaga pokok tanaman bunga yang diberi pada setiap peserta.

Nama VIP:
YB Senator Dato Haji Hanafi Bin Mamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :