PROGRAM ADVOKASI DAN KDB DI PROGRAM “JOM KE PERPUSTAKAAN” PERPUSTAKAAN DESA KG BECHAH SEMAK PERINGKAT ZON C PASIR MAS

Aktiviti terkini | 30 September 2017

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kg Bechah Semak

Tujuan :
Program ini disertai oleh pelbagai pihak agensi antaranya ialah KOSPEN, KPDNKK, AADK, AMANITA,Klinik Pergigian Meranti, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Dandanan Diri oleh KEMAS. Turut diadakan juga pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa,musang berjanggut,Aktiviti Pancing Maklumat,Dam Ular Gergasi,Info Hunt,Persembahan Dikir Barat serta cabutan bertuah. Program ini dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Haji Hanafi Bin Mamat Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas. Program ini mendapat sambutan yang cukup baik dari warga komuniti. Pengunjung yang hadir seramai 1500 peserta yang hadir memenuhi khemah dan pameran dari pagi hingga di waktu kemuncak iaitu pada tengahari.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran mengenai kemudahan yang Pi1m sediakan dan pi1m sebagai rakan digital warga komuniti.
• Mendedahkan tentang pentingnya kesedaran celik IT di kalangan warga emas,dewasa,belia dan kanak-kanak.
• Pi1m menjadi satu platform untuk menyalurkan sebarang maklumat,persoalan mengenai dunia digital masa kini.
• Pendedahan mengenai kepentingan bijak IT iaitu penerangan mengenai KDB beserta silangkata,puzzle dan mini kuiz berkaitan KDB dan Pi1m.
• Dapat mengeratkan hubungan sillaturahim dan mengukuhkan ukhuwah antara para peserta dari warga komuniti dan pihak agensi yang turut hadir.
• Pengisian masa lapang para pengunjung yang mengisi rohani dan jasmani.

Nama VIP :
YB. Senator Datuk Haji Hanafi Bin Mamat
Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :