PROGRAM ADVOKASI DI SK MEKASAR

Aktiviti terkini | 15 April 2018

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Mekasar

Butiran Aktiviti :
Program advokasi yang diadakan di SK Mekasar yang melibatkan kesemua guru dan murid sekolah seramai 630 peserta. Mendapat sambutan yang cukup baik dengan penyertaan kuiz yang memberansangkan dari murid –murid sekolah. Penerimaan yang cukup baik apabila diberikan pengenalan mengenai pi1m dan juga kempen Klik Dengan Bijak.

Tujuan Aktiviti :
Pendedahan tentang Program Advokasi yang dijalankan oleh setiap Pi1m kepada warga sekolah dan masyarakat bagi membina pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Padang To’ La dengan pihak sekolah SK Mekasar dan murid-murid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :