PROGRAM ADVOKASI DI PESTA KOKURIKULUM

Aktiviti terkini | 18 - 19 April 2018

Tempat Aktiviti:
SMK Kubang Bemban

Butiran Aktiviti :
Pesta Kokurikulum pada tahun 2018 diadakan di SMK Kubang Bemban Pasir Mas. Melibatkan keseluruhan pelajar dan tenaga kerja sekolah selama 2 hari. Booth agensi yang terlibat ialah BSN, Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Komuniti serta PTPTN. Mendapat sambutan yang cukup baik dari alumni dan pengunjung luar yang keseluruhannya seramai 2000 pengunjung.

Tujuan Aktiviti :
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Padang To’ La dengan Pihak Sekolah SMK Kubang Bemban dan para pengunjung luar.
• Di Samping itu juga, PI1M Padang To’ La dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PI1M Padang To’ La. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi1m serta kami sebagai staf di pi1m dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :