PROGRAM KESIHATAN BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR

Aktiviti terkini | 29 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Padang Tok La

Tujuan :
• Memaikan peranan pusat internet terhadap komuniti kampung dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
• Menjalinkan hubungan sihat antara warga klinik,pusat internet dan masyarakat kampung.
• Memberi pendedahan tentang pentingnya penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PI To’ La pada warga klinik kesihatan sebagai pusat komuniti pelbagai peranan.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat bagi penduduk mengunjungi PI To’ La.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara pihak Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas Kelantan.
• Mengadakan program yang mengisi jasmani dan rohani penduduk dengan program kesihatan sebegini.
• Pendedahan tentang penjagaan kesihatan bagi warga komuniti yang sukar untuk ke klinik dengan mengunjungi program ini untuk bertanyakan perihal kesihatan.
• Di Samping itu juga, PI Padang To’ La dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PI Padang To’ La. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat , mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi1m serta kami sebagai staf di pi1m dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :