PROGRAM CELIK IT BERSAMA TABIKA SRI MAS

Aktiviti terkini | 02 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Padang Tok La

Butiran Aktiviti :
Program ini disertai oleh Tabika Perpaduan Pasir Mas, 25 orang kanak-kanak dan 2 orang guru. Aktiviti Online Colouring diadakan bagi membiasakan anak-anak tabika untuk menggunakan komputer dengan berhemah. Penerangan mengenai fungsi dan peranan setiap perkakas komputer sebagai langkah pertama pendedahan tentang Celik IT.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Memperkenalkan pi1m pada anak-anak tabika dan menekankan peranan pi1m sebagai pusat pembelajaran.
• Mengadakan aktiviti bersama anak-anak tabika di pi1m dengan menyediakan keperluan yang mencukupi dan selesa.
• Memberi pendedahan kepada anak-anak tabika tentang penggunaan internet dan kepentingan memanfaatkan kemudahan internet.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara pihak Tabika Perpaduan dan pihak Pi1m.
• Di Samping itu juga, PI1M Padang To’ La dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PI1M Padang To’ La. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi1m serta kami sebagai staf di pi1m dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :