PROGRAM GERAK JJ (JARINGAN & JALINAN) KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 08 November 2018

Tempat Aktiviti:
Dewan SK Rahmat

Tujuan :
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI dengan Pihak Sekolah SK Rahmat dan para pengunjung luar.
• Di Samping itu juga, PI dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Pusat Internet. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi serta kami sebagai staf di pi dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna. Pendedahan tentang Kelas ICT,Keusahawanan khususnya kepada guru dan murid sekolah yang kami adakan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :