PROGRAM PERASMIAN PERPUSTAKAAN MINI DAN SAHABAT MASJID

Aktiviti terkini | 06 April 2019

Tempat Aktiviti:
Masjid Mukim Beris Bechah Semak

Tujuan :
• Penubuhan perpustakan mini di masjid bertujuan untuk memberi kemudahan ketersampaian kepada penduduk setempat untuk menikmati kemudahan pembacaan serta dapat memberi perkhidmatan dan memenuhi keperluan penduduk di sekitar masjid Mukim Beris Bechah Semak.
• Membangunkan minda masyarakat serta kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan masyarakat mencari sumber yang tepat dan terkini ketika berada di masjid.
• Mewujudkan satu bilik khas untuk masyarakat membaca di masjid.
• Memupuk nilai murni dan baik di kalangan masyarakat kampung.
• Melahirkan masyarakat kampung berkeperluan khas yang aktif dan cerdas serta suka membaca.
• Keseluruhan program yang diatur hendaklah meliputi kumpulan sasaran tertentu dan menyeluruh . Ini meliputi kanak-kanak,remaja, pemuda, pemudi,wanita dan dewasa. Dengan itu tidak ada kumpulan yang tertinggal.

VIP yang Hadir :
YB ADUN TENDONG - Dato Rozi Mohammad

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :