KELAS USAHAWAN ONLINE MARKETPLACE SHOPEE BERSAMA EMPOWER ECER PASIR MAS

Aktiviti terkini | 29 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Bechah Tendong

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas usahawan pusat internet ini di adakan adalah untuk membawa objektif utama iaitu memperkenalkan kepada usahawan -usahawan bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing.
• Secara tidak lansung dapat membantu para usahawan untuk memperluaskan pasaran produk mereka, Mereka juga boleh menjadikan pusat internet sebagai tempat pembelajaran berkaitan dunia perniagaan.
• Dengan penglibatan bersama pihak Empower ECER Daerah Pasir Mas ini dapat membuka ruang baru untuk pihak pusat internet melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi.
• Ini dapat membantu meransang ekonomi para usahawan dengan program anjuran pusat internet ini secara tidak lansung dapat menarik lebih ramai usahawan muda tampil ke pusat internet untuk mendapat bimbingan keusahawanan.


Tujuan :
• Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet.
• Mengajar para usahawan berkaitan pemasaran produk menggunakan laman shopee.
• Mengajar para usahawan penghasilan ayat iklan yang ringkas dan padat, poster dan gambar produk yang menarik.
• Melahirkan usahawan yang menjadikan media sosial”SHOPEE” sebagai platform memasarkan produk.
• Melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini.
• Merapatkan hubungan antara staff pi dengan pihak Empower ECER dan juga usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :