PROGRAM KARNIVAL SIHAT KAMPUNG TENDONG PELANCARAN PROGRAM KOMUNITI SIHAT IFTER KG TENDONG

Aktiviti terkini |15 Februari 2020

Tempat Aktiviti:
Masjid Al-Hanan, Tendong, Pasir Mas

Ringkasan Aktiviti :
• Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Pihak Kesihatan bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat.
• Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada masyarakat komuniti kampung serta masyarakat di sekitar.
• Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia.
• Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.


Tujuan :
• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada masyarakt komuniti kampung terhadap kesihatan.
• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada.
• Membimbing para masyarakat ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :