KELAS USAHAWAN SHOPEE DAN ONLINE MARKETING

Aktiviti terkini | 18 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Padang To’La

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas usahawan pusat internet ini diadakan adalah untuk membawa objektif utama iaitu memperkenalkan kepada usahawan -usahawan bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing.
• Secara tidak lansung dapat membantu para usahawan untuk memperluaskan pasaran produk mereka.
• Staf PI juga mampu untuk membantu para usahawan jika mereka memerlukan pertolongan dari segi pemasaran atas talian selain menambahkan lagi kemahiran dan ilmu perdagangan.


Tujuan :
• Melahirkan lebih ramai usahawan celik Internet.
• Mengajar para usahawan berkaitan pemasaran produk menggunakan laman shopee.
• Mengajar para usahawan penghasilan ayat iklan yang ringkas dan padat, poster dan gambar produk yang menarik.
• Melahirkan usahawan yang menjadikan media sosial”SHOPEE” sebagai platform memasarkan produk.
• Melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini.
• Merapatkan hubungan antara staff pi dengan pihak Empower ECER dan juga usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :