Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Mini Kuiz dan Jamuan Akhir Tahun

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Program ini diadakan bagi mengakhiri tahun 2016 dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat menggalakkan pergaulan secara sihat disamping menjamu selera dengan hidangan yang disediakan...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

MINI GAME & KUIZ MENGENALI PI1M

Aktiviti Terkini | 25 November 2016

Program ini diadakan bagi menggalakkan pengunjung supaya peka dengan PI1M dan turut serta dengan program yang dijalankan bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di PI1M...baca selanjutnya

Sambutan Maal Hijrah

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Maal Hijrah yang jatuh di bulan Oktober di PI1M bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA PI1M KG PADANG TOK LA

Aktiviti Terkini | 24 September 2016

Hari terbuka untuk Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) diadakan pada 24 September 2016 iaitu pada hari Sabtu. Lokasi hari terbuka ini diadakan di PI1M Padang To’ La. Tujuan hari terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk sekitar Padang To’ La serta memperkukuhkan hubungan dengan penduduk sekitar dan JKKK Padang To’ La...baca selanjutnya

BENDERA DIGITAL & SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2016

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pusat Internet 1 Malaysia Padang To' La bersama pengunjung cilik yang rata-ratanya menjadi pengunjung setia di Pusat Internet 1 Malaysia Padang To' La...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PI1M TENDONG

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2016

Program ini diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk sekitar PI1M yang rata-ratanya menjadi pengunjung setia di PI1M. Jamuan ini dijalankan di PI1M Tendong pada 30 Julai 2016 pada jam 11 pagi. Antara juadah yang disediakan ialah rendang, nasi impit, kuah kacang, roti jala, biskut raya, koktel serta beberapa juadah yang lain...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DENGAN KERJASAMA PI1M TENDONG

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2016

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kewujudan PI1M dan kemudahan yang tersedia. Program Klik Dengan Bijak (KDB) ini juga penting bagi memberikan kesedaran pentingnya untuk mengetahui cara penggunaan internet yang betul dan tepat supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral tambahan lagi dikalangan murid sekolah...baca selanjutnya

MINI GAME DAN JAMUAN MAKAN

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Program ini diadakan bagi mengisi masa terluang dan menarik minat mereka dengan berterusan menyertai pelbagai program yang pihak PI1M jalankan setiap minggu...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SELAWAT BERSAMA KUMPULAN BACAAN YASIN KG PADANG TO' LA

Aktiviti Terkini | 30 April 2016

Majlis ini diadakan bagi mengumpulkan golongan ibu-ibu untuk melibatkan diri dalam menyertai majlis ilmu yang kita adakan di PI1M Kg Padang To’ La....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE EXPLORATION GAMES

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Pertandingan Online Exploration Games ini diadakan bagi menarik warga cilik sekitar PI1M untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA (KELUARGA BAHAGIA)

Aktiviti Terkini | 29 Februari 2016

Pertandingan mewarna ini diadakan bagi menarik warga cilik serta remaja sekitar PI1M untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan. Kebiasaannya aktiviti mewarna ini menjadi aktiviti wajib di sini dan peserta yang merupakan antara pengunjung yang paling kerap mengunjungi PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2016

Pertandingan mewarna ini diadakan bagi menarik warga cilik serta remaja sekitar PI1M untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan. Kebiasaannya aktiviti mewarna ini menjadi aktiviti wajib di sini dan peserta cilik ini adalah diantara pengunjung yang paling kerap mengunjungi PI1M...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti