Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MISI BANTUAN KEMANUSIAN & PEMULIHAN BENCANA

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2019

Program Misi Bantuan Kemanusian & Pemulihan Bencana (Humanitarian Assistance & Disaster Relief – HADiR) anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan secara koloborasi dengan Industri Komunikasi & Multimedia, Industri Pos & Kurier dan Industri Penyiaran....baca selanjutnya

PROGRAM SEPAKAT @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 02 November 2019

Program Sepakat Komuniti Daerah Pasir Mas 2019 telah dilaksanakan pada 02 November 2019 (Sabtu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Lati, Daerah Pasir Mas. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN TTT ASAS CHOUX PASTRY

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan melahirkan usahawan tempatan khususnya di Kelantan ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK TANJUNG BUNGA

Aktiviti Terkini | 20 September 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN MDEC

Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2019

Kelas usahawan ini dianjurkan oleh pihak MDEC. Disertai oleh 25 orang peserta. Program keusahawanan merupakan salah satu objektif penubuhan pusat internet bagi melahirkan golongan usahawan yang berdaya saing serta menggunakan media social sebagai platform meluaskan pasaran perniagaan. Mereka boleh menjadikan pusat internet sebagai tempat pembelajaran berkaitan dunia perniagaan. Program ini juga akan mengajar para usahawan berkaitan ayat pengiklanan dan penghasilan poster yang menarik. Cara mengambil gambar produk. Pihak pengurusan pusat internet juga menyelit ceramah Klik Dengan Bijak (KDB) kepada usahawan yang hadir....baca selanjutnya

PESKO SMK KUBANG BEMBAN

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan disertai kebanyakannya oleh remaja,kanak-kanak,juga turut serta wakil komuniti dan penduduk sekitar. Jamuan kali ini mendapat sambutan yang sangat meriah berbanding tahun sebelumnya. Disamping jamuan,kita selitkan tayangan video KDB dan filem serta mini cabutan bertuah pada semua tetamu yang hadir....baca selanjutnya

SEMINAR IBUBAPA CAKNA KESELAMTAN SIBER

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2019

Program dijalankan di Dewan Kuliah 1, PPSG, USM. Dianjurkan oleh Ikram Kelantan dengan kerjasama USM serta Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dirasmikan oleh YDP Haji Che Rahimi bin Samat selaku Pengerusi IKRAM Kelantan. Forum dihoskan olehTuan Haji Khairuddin Mustapa. Disertai oleh speaker Supt Ahmad Azizul Mohamed - Ketua Jabatan Siasatan Jabatan Komersial IPK Kelantan, Puan Wan Nurul Ain binti Wan Mohd Razali – SKMM dan Dr. Norzila Zakaria – Pakar Psikiatrik USM....baca selanjutnya

KEM MESRA REMAJA

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2019

Pendekatan PI sebagai pusat komuniti dengan usahasama bersama Pihak Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas dalam usaha unutk menyelami masalah remaja disekolah sama ada dari segi kesihatan mental mahupun fizikal....baca selanjutnya

PIZZA CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2019

Peserta diberikan bahan untuk membuat pizza dan diajar cara membuat pizza sendiri dengan mudah. Bahan-bahan yang disediakan adalah seperti roti gardenia, sosej, sos, mayonis, keju dan sayuran....baca selanjutnya

PROGRAM KEMBARA INTELEK & PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Program ini memberi penekanan yang lebih berkenaan Klik Dengan Bijak yang mana yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber kepada pelajar pelajar juga turut di berikan soalan berkaitan dengan taklimat yang di beri. Di akhir program, semua warga sekolah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK DANDANAN DIRI KERJASAMA BERSAMA KEMAS PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 27 - 29 April 2019

Kursus jangka Pendek yang dilaksanakan selama 3 hari bertempat di PI Kpg Pdg To’La dengan usahasama bersama PI Tendong yang mewakil PI DIGI dalam daerah Pasir Mas. Pelaksanaan Kursus pada Hari Pertama adalah manicure khusus untuk rawatan da penjagaan kuku dengan langkah-langkah asas dan cara menjaga kuku. Hari Kedua ialah Kursus LUkisan Inai yang mana peserta dilatih dengan asas lukisan dengan membiasakan tangan untuk memegang picu inai dengan betul dan melukis dari asas hingga yang lebih mahir. Hari Ketiga iaitu hari penutup adalah Kursus Make Up (Mary Kay) dengan pengisisan tips dan cara penjagaan kulit wajah dan penggunaan produk yang betul dan selamat. Penutup program dirasmikan oleh Pn Yusnieda Bt Yaacob, Penolong Pengarah Operasi Komuniti dan Kemahiran KEMAS Kelantan dan Hj. Abdul Aziz b Harun, Pegawai Operasi Kemas kawasan Pasir Mas...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK RANTAU PANJANG

Aktiviti Terkini | 07 April 2019

Program Klik Dengan Bijak merupakan satu program yang menfokuskan kepada penggunaan internet secara bijak dalam kalangan pelajar. Program ini memberi penekanan yang lebih berkenaan Klik Dengan Bijak yang mana yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber kepada pelajar pelajar juga turut di berikan soalan berkaitan dengan taklimat yang di beri. Di akhir program, semua warga sekolah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan internet dan akan sentiasa mengamalkan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM PERASMIAN PERPUSTAKAAN MINI DAN SAHABAT MASJID

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Program perasmian perpustakaan mini dan sahabat masjid merupakan program sempena pembukaan perpustakaan mini di Masjid mukim beris bechah semak yang di rasmikan oleh YB Rozi Mohamad. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi . Pelbagai Aktiviti yang di adakan antara nya pameran booth daripada agensi jemputan seperti Pusat Internet, Kospen,pertandingan tulisan Khat ,mewarna dan sebagainya . program ini di akhiri dengan penyampaian hadiah serta jamuan makan kepada para peserta dan pengunjung....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHAWAN MUDA KELANTAN DUN TENDONG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2019

Penglibatan Pusat Internet dalam Karnival Usahawan Anak Muda Kelantan adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan muda bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee.....baca selanjutnya

Program 3d Fluffy Sheep & Bola Berabjad

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama PI sebagaipusat pembelajaran interaktif yang mengetengahkan internet sebagai satu medium untuk pembelajaran. Jalinan yang kita bina ini diharap dapat membuka peluang baru untuk program bersama akan datang....baca selanjutnya

Program Kelas Usahawan DIY Brooch Perca

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program Usahawan DIY Brooch (Kain Perca) ini adalah program yang di adakan khas untuk warga komuniti di sekitar pusat internet Kuala Paku. Program ini pada dasar nya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk kampung dalam menghasilkan sesuatu produk atau kraf yang boleh menambah pendapatan keluarga iaitu dengan cara produk atau kraf yang di hasilkan boleh la di jual kepada orang ramai. Melalui program ini, komuniti di ajar cara menghasilkan “brooch” pelbagai bentuk daripada kain perca....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti