INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHPASIR MAS
DUNSEMERAK
MUKIMPASIR MAS
PARLIMENPASIR MAS
NEGERIKELANTAN
JANTINAJUMLAH
Lelaki2700
Perempuan2425
JUMLAH KESELURUHAN5125
PEKERJAANJUMLAH
Kakitangan Kerajaan227
Petani29
Penternak3
Peniaga300
Tukang34
Kontraktor9
Tidak Bekerja4385
Rekreasi & Pelancongan
                a) Dataran Air Muleh Pasir Mas
                
                	
                	
                   Dataran Air Muleh, Pasir Mas telah dibina pada tahun 1989. Ia merupakan lambang kegigihan pekerja Majlis Daerah Pasir Mas yang bergotong-royong 
                   membina Dataran Air Muleh ini. Terletak diatas tanah seluas 1 ekar iaitu di Tebing Sungai Kelantan. Dataran Air Muleh ini menjadi tempat 
                   pelancongan dan penduduk setempat beriadah dan berekreasi pada waktu petang dan hujung minggu.
                   
                   Antara kemudahan yang terdapat disini ialah restoran, tandas awam, taman permainan kanak-anak, landskap yang indah serta sebuah tugu yang 
                   mencatit nama pemenang Tilawah Al-Quran peringkat Jajahan Pasir Mas.
                   
                   
                b) Gelanggang Futsal
                	
                   Gelanggang ini berada di sebelah Pusat Ekonomi Digital Padang To’ La.
                   
Warung Kurnia Ibu ( Kedai Makan Mak Su) Warung ini terletak di Kg Padang TO’ La, Pasir Mas, Kelantan. Terkenal dengan hidangan coconut shake dan mee celup.
               Berhampiran Jabatan Air Kelantan Pasir Mas.
               
		a) Suria Guest House
		   No Telefon: 017-9578012/ 012-9623709
		   
		   
		b) Mursyid Guest House
		   No Telefon: 0013-9836239 / 013-9866239 / 011-12166239
		   
Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

7-Eleven(24jam)
Balai Polis
Dewan Orang Ramai
Klinik Kesihatan
Masjid Besar
Pejabat Pos
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Pusat Kegiatan Guru
Pusat Latihan Kemahiran Akuakultur
Kisah Kejayaan

Mohamad Saiful Aiman Hanafi
Celik IT

Umur:
12 tahun

Keahlian PEDi:
13/11/2013

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Berpendidikan di Sekolah Rendah di Sek Keb Dato’ Hamid 2, Pasir Mas Kelantan. Manakala, adiknya Wan Muhamad Haikal Wan Zahari, berumur 9 tahun, lelaki, pendidikan Sekolah Rendah Dato’ Hamid 2, Pasir Mas, Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi adik Saiful dan Haikal mempunyai kemahiran ICT yang sangat lemah. Kemahiran asas komputer seperti Microsoft office, email dan sebagainya, mereka tidak memahami kegunaannya. Selepas berdaftar sebagai ahli dan mengikuti kelas latihan yang diadakan di PEDi ini, kemahiran mereka semakin tajam walaupun masih belum mahir tetapi mereka mempunyai minat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Mereka juga tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti setiap program yang pihak PEDi jalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan adanya perkhidmatan pinjaman netbook di PEDi, mereka dapat memahirkan lagi kemahiran mereka di rumah. Selain itu mereka dapat mengajar adik mereka serta rakan mereka yang lain tentenag penggunaan komputer.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan.
- Menambah kemahiran ICT serta ilmu akademik yang lain.
- Menambahkan keyakinan untuk berbual mengenai ICT.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Mohamad Saiful Aiman Hanafi:


Keusahawanan
KRAFTANGAN

1. Profile diri
- Nama: Azira binti Abdullah
- Status: Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
- Kampung Padang To’ La, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
- Perniagaan: Membuat produk pasu dari surat khabar lama dan bunga dari beg plastik. Mula berniaga pada
2. Produk yang dikeluarkan
- Kraftangan bunga dan pasu yang dibuat dari barang terpakai seperti surat khabar dan plastic bag.
3. FB - https://www.facebook.com/kraft.tangan.7/photos_albums
4. Gambar produk


CIK SUE KUIH

1. Profil
- Nama: Suzila binti Mohd
- Status: berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
- Alamat: -
- Perniagaan: membuat kuih ketayap, donut, bihun dan mee goring untuk dihantar ke kedai kopi berdekatan. Sekali sekala menerima tempahan dari asrama.
2. Produk yang dikeluarkan
- Kuih ketayap
- Donut
- Bihun goring
- Mee goreng
3. Gambar produk


GIRL’S CRAF

1. Profil
- Nama: Nor Amirah binti Che Ibrahim
- Status: Bujang
- Perniagaan: Kerosang, pin dan kraf yang lain. Menjual secara online dan juga offline. Baru sahaja berjinak menjual secara online.
2. Produk yang dikeluarkan
3. FB - https://www.facebook.com/Girls-Craft-Collection-435689529823997/photos_stream?tab=photos_albums
4. Gambar produk