PROGRAM ADVOKASI KDB & E-WASTE

Aktiviti terkini | 14 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
SK Dato Abdul Hamid (2) Pasir Mas

Tujuan Aktiviti :
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan murid sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Padang Tokla dengan Pihak Sekolah Sk Dato Abdul Hamid (2).
• Di Samping itu juga, PI1M Padang Tokla dapat mempromosikan serta memberi hebahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ada di PI1M Padang Tok La. Kemudahan internet secara kolektif untuk warga komuniti, serta kemudahan fotostat ,mencetak, pengimbas, kelebihan menjadi ahli pi1m serta kami sebagai staf di pi1m dapat memberi bimbingan atau nasihat jika ada keperluan atau sebarang pertanyaan dari para pengguna. Pendedahan tentang Kelas ICT,Keusahawanan khususnya kepada guru dan murid sekolah yang kami adakan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :