PROGRAM KAUNTER BERGERAK SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)BERSAMA PEDI KG PADANG TO'LA & TENDONG

Aktiviti terkini |8 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Padang To'La

Tujuan :
• Mengetengahkan PEDi sebagai hub untuk para usahawan melengkapkan dokumen perniagaan dengan kerjasama bersama pihak SSM

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :


• Program berlansung dengan taklimat ringkas dari wakil PEDi dan Pihak SSM bagi menerangkan serba sedikit berkenaan program yang akan berlansung.
• Sesi pendaftaran dan soal jawab mengenai urusan SSM bersama pegawai SSM.
• Peserta yang hadir berpuas hati dengan segala urusan dan kemusykilan dapat diselesaikan sepenuhnya oleh pegawai yang bertugas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Dapat membantu memudahkan urusan usahawan yang tidak berkesempatan untuk ke pejabat SSM yang berada di bandar
• Memperkenalkan PEDi sebagai pusat ekonomi digital yang mengetegahkan usahawan
• Pihak SSM dapat menyelesaikan sebarang pertanyaan dari urusan pendaftaran,tetapan nama perniagaan,penukaran alamat serta bayaran yang perlu dilaksanakan bagi melengkapkan sebarang urusan SSM
• Dapat menarik minat dan keinginan untuk mendaftar SSM bagi yang telah berniaga tetapi belum lagi membuat pendaftaran lesen perniagaan dengan kaunter bergerak SSM yang hadir di sekitar pelusuk Negeri Kelantan melalui PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :