LIVE FACEBOOK” SEMBANG SANTAI BERSAMA DOKTOR HUSNA(KESELAMATAN & PERTOLONGAN CEMAS MASALAH RINGAN KANAK-KANAK)

Aktiviti terkini |20 November 2021

Tempat Aktiviti:
FB Live PEDi Kok Lanas

Tujuan :
• Bertujuan bagi mendidik penjaga serta ibu bapa pentinganya menjaga keselamatan kanak- kanak serta pengetahuan tentang pertolongan cemas jika berlaku sebarang kecelakaan di rumah mahupun di pusat asuhan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :


• Pengisian program secara siaran langsung dari Facebook Page dengan menggabungkan 3 buah PIK
• Penerangan tentang kepentingan pertolongan cemas serta rawatan awal sebelum merujuk ke klinik atau hospital
• Perkongsian jelas beserta demo mengenai luka serta rawatan dan juga balutan buat sementara waktu bagi mengelakkan luka atau kesakitan merebak lebih parah.
• Perkongsian yang jelas mengenai statistik kecederaan di rumah bagi memberi gambaran sebenar betapa pentingnya mengambil tanggungjawab menjaga keselamatn keluarga dirumah dengan menyediakan alatan bantuan kecemasan dirumah kerana malang tidak berbau.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Sembang santai yang ilmiah mengenai penjagaan kesihatan dan pertolongan cemas yang dapat membuka mata orang awam supaya menyediakan peti pertolongan kecemasan bagi persediaan awal sebelum apa-apa tragedi berlaku.
• Panel kesihatan yang memberikan panduan yang teliti serta jelas mengenai pertolongan cemas bagi membantu penonton lebih faham dan meyelesaikan persoalan dengan bernasnya
• PEDi menjadi hub untuk pusat sehenti yang melibatkan persoalan mengenai penjagaan kesihatan dengan usahasama ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :