BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini |20 September 2022

Tempat Aktiviti:
Sri Makmur Ballroom (Level 3) H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan 80 sukarelawan MIV

Ringkasan Aktiviti :
• Bengkel MIV bersama Komuniti ini adalah satu program yang menghimpunkan semua sukarelawan bagi menerangkan tugas dan peranan mereka bersama PEDI.
• Sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital di kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan di mana sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat.
• Program MIV ini akan berlansung selama 3 bulan dan PEDI yag terpilih iaitu 20 PEDI di Kelantan dan setiap PEDI diwakili oleh 4 sukarelawan MIV termasuk salah seorang staf PEDI dan jumlah keseluruhan 80 MIV yang akan sama sama menjayakan misi pendigitalan usahawan.

Tujuan :
• MIV ini juga akan memperkenalkan usahawan-usahawan baru dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan membantu para usahawan ini meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform digital untuk pemasaran produk.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :


• Antara pengisian yang dijalankan semasa program:-
• Sesi 1: Pengenalan MIV serta Tugasan Sukarelawan
• Nur Amanina Che Azemi, MCMC
• Sesi 2: Pemasaran Menggunakan Media Sosial
• En Abi Saif Al Anuar, Abi Saif Academy
• Sesi 3: E-Bayaran
• Luqman Mohd Hata, PayNet
• Sesi 4: Sesi Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia
• Mohd Syafiq Aizat bin Md Shahri, Pos Malaysia
• Sesi 5: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi
• Prof. Madya Dr. Ali Salman, Universiti Malaysia Kelantan
• Sesi 6: Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi Videografi dan Aplikasi Penyuntingan
• Prof. Madya Ts. Dr. Nik Zulkarnaen Bin Khidzir, Universiti Malaysia Kelantan

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• MIV Bantu Lahir Warganegara Digital Berhemah
• Meningkatkan kadar literasi ICT dalam kalangan komuniti
• Membantu komuniti meningkatkan penggunaan teknologi ICT selari dengan era ekonomi digital.
• MIV sebagai pemangkin bagi menjadikan PEDI lebih dikenali dan sebagai penggerak matlamat PEDI.

Nama VIP :

• Pegawai MCMC Kelantan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :