PAMERAN INOVASI STEM & ROBOT BATTLE, PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN PPD PASIR MAS DENGAN KERJASAMA UTILITY AUTOMATION, PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN PASIR MAS DAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS BERSAMA PEDI TENDONG,DAN KOK LANAS

Aktiviti terkini |24 & 25 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Apam Putra Lubok Jong Pasir Mas

Ringkasan Aktiviti :
• Pameran Inovasi STEM & Robot Battle Peringkat Kebangsaan
• Anjuran PPD Pasir Mas dengan kerjasama Utility Automation, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas dan Majlis Daerah Pasir Mas.
• Melibatkan seluruh sekolah Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada:350 pelajar sekolah rendah/100 pelajar sekolah menengah/50 wakil guru yang turut hadir

Tujuan :
• Penyertaan PEDi sebagai antara pempamer yang akan mengadakan pameran PEDi dan ketengahkan micro:bit sebagai item utama dalam pameran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :


• Pameran yang dilaksanakan adalah:
• Tutorial menggunakan makecode https://makecode.microbit.org/ di Laptop
• Projek siraman tanah yang mana microbit dapat mengesan kelembapan tanah dan membuat siraman mengikut masa yang ditetapkan
• 4 Jenis permainan yang interaktif menggunakan papan micro:bit
• Kuiz Roda ‘Roulette’ juga menggunakan papan microbit sebagai penunjuk arah.
• Booth Pameran PEDi mendapat sambutan yang cukup menggalakkkan daripada pelajar sekolah mahupun wakil – wakil guru yang tertarik dengan fungsi microbit itu sendiri yang sangat pelbagai fungsinya.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mengambil peluang untuk memperkenalkan PEDi lebih dekat lagi dikalangan warga pendidik dan sekolah khususnya
• Meningkatkan kadar literasi ICT dalam kalangan pelajar sekolah
• Membantu komuniti meningkatkan penggunaan teknologi selari dengan era ekonomi digital.
• Mengaplikasikan micro:bit dari teori ke praktikal kerana micro: bit ada dalam subjek RBT Darjah 4 & 5

Nama VIP :

• HAJI BAHARI BIN DAUD Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas
• YBRS EN. HAZMI BIN ABDUL HAMID Ketua Jajahan Pasir Mas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :