SIRI LATIHAN SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL FAMA X MCMC DI PEDI TENDONG

Aktiviti terkini |17 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Tendong

Ringkasan Aktiviti :
• Latihan Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital oleh FAMA kepada usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dalam Portal e-dagang iaitu AgroBazaar Online

Tujuan :
• Penyertaan PEDi sebagai hub agensi ini bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan, kelas serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PEDi secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat.
• Usahawan dari PEDi yang digabungkan bagi menyertai sesi latihan ini

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :


• Gabungan Kluster PEDi Pasir Mas iaitu PEDi Tendong, PEDi Kg Padang To’La dan PEDi Repek serta PEDi Kok Lanas hadir bagi membantu memudahkan urusan pihak FAMA untuk melaksanakan pendaftaran yang mana perlu teliti supaya tidak berlaku permasalahan untuk tetapan kedai permulaan.
• Peserta yang hadir adalah seramai 23 peserta dan 2 wakil FAMA iaitu En Faiz dan En Luqman dari FAMA Kota Bharu

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mempromosikan aktiviti, program PEDi, kelas latihan keusahawanan dan menambah penyertaan ahli PEDi.
• Menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dengan penduduk komuniti sekitar.
• Menyertai program anjuran agensi dengan matlamat utama membantu para usahawan lebih maju dengan teknologi dan peluang baru bersama FAMA.

Nama VIP :

• Puan Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali Penolong Pengarah MCMC Negeri Kelantan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :