Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SESI PEMBENTANGAN FINAL PROJECT MICRO:BIT "CAR BARRIER"

Aktiviti Terkini | 6 Disember 2022

Pembentangan Projek Akhir MICRO:bit dengan menghasilkan prototaip Car Barrier iaitu system parking kereta menggunakan pengaturcaraan di litar micro:bit. Pelajar yang berjaya menghabiskan modul microbit seramai 13 pelajar...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) HARI BERSAMA KOMUNITI PEDI KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 17 November 2022

Program dimulakan dengan beberapa tanya video Klik Dengan Bijak iaitu siber buli, penipuan kewangan serta kongsi secara berlebihan. Selepas video tayangan selesai, sedikit taklimat diberikan kepada penduduk sekitar bedasarkan video yang ditayang....baca selanjutnya

HIMPUNAN SAHABAT USAHAWAN AIM WILAYAH KELANTAN

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Himpunan Sahabat Usahawan AIM Wilayah Kelantan dianjuran untuk mengumpulkan usahawan-usahawan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia Kelantan. Program dimulakan dengan acar senamanrobik oleh ahli-ahli AIM. Selepas itu, pertandingan mewarna untuk kana-kanak sera remaja, seiring dengan itu pertandingan gubahan telekung solat Wanita diteruskan. Sementara itu, booth usahawan yang terpilih dibuka untuk orang ramai....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 20 September 2022

Bengkel MIV bersama Komuniti ini adalah satu program yang menghimpunkan semua sukarelawan bagi menerangkan tugas dan peranan mereka bersama PEDI. Sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital di kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan di mana sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat.Program MIV ini akan berlansung selama 3 bulan dan PEDI yag terpilih iaitu 20 PEDI di Kelantan dan setiap PEDI diwakili oleh 4 sukarelawan MIV termasuk salah seorang staf PEDI dan jumlah keseluruhan 80 MIV yang akan sama sama menjayakan misi pendigitalan usahawan....baca selanjutnya

SEMARAK KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan disamping mengajar mereka erti sebuah kemerdekaan terhasilnya dari sebuah kesepakatan dengan saling membantu menghias PEDI dengan bendera...baca selanjutnya

PAMERAN BOOTH PEDI @ PAMERAN MICROBIT SEMPENA SAMBUTAN JELAJAH ASIPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV,KOTA BHARU KELANTAN KERJASAMA : DIGI HQ ( MR.KAMAL JEYASEELAN)

Aktiviti Terkini | 22– 24 Julai 2022

Semasa Pameran berlangsung Staf PEDi Kok Lanas dengan Pdg To La dan RD Kok Lanas telah bergabung semasa program berlangsung dengan menerangkan mengenai fungsi-fungsi PEDi serta memberi penerangan mengenai Microbit....baca selanjutnya

D.I.Y PIZZA BERSAMA WARGA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2022

Program ini diadakan bagi meraikan warga komuniti dengan jamuan ringan iaitu dengan mengadakan DO IT YOURSELF PIZZA.Mereka akan diberikan bahan-bahan yg sama cuma yang membezakan adalah kreativiti mendeko pizza dengan menggunakan roti sandwich sebagai roti pizza...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI KG PADANG TO' LA PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2022

PEDi Pasir Mas terpilih untuk menjadi hub bagi program kafeteen anjuran pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Komuniti (CMCD menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama dengan Lembaga Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam program advokasi menggunakan googlemeet sebagai salah satu platform....baca selanjutnya

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗞𝗢𝗦𝗣𝗘𝗡 DAERAH PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

PEDi Pasir Mas dijemput untuk taklimat latihan kepada sukarelawan KOSPEN yang baru serta sukarelawan yang lama. Selain itu untuk memperkenalkan dan meneliti KPI baru KOSPEN pada tahun 2022...baca selanjutnya

PROGRAM CAKNA PENGGUNA KOMUNITI SEJAHTERA BERSAMA KPDHEP & KITABINA DAERAH PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

PEDi Pasir Mas dijemput untuk membuka booth PEDi dan promosi serta dapat membuat hebahan tentang peranan dan perkhidmatan keusahawanan yang disediakan pihak PEDi...baca selanjutnya

PAMERAN PEDI DI PROGRAM ROAD TO JUBLI EMAS KADA PERINGKAT KADA JAJAHAN PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022

PEDi Pasir Mas dan Kok Lanas membuak booth di Program Road To Jubli Emas Kada Peringkat Kada Jajahan Pasir Mas untuk tujuan memberi kesedaran serta berkongsi tentang kepentingan dalam bersantun dalam menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM PDK BERSAMA PUSAT EKONOMI DIGITAL TENDONG

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2022

Pihak PDK Tendong menjalankan aktiviti di PEDi Tendong untuk memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar mereka. Pihak PEDi mengadakan aktiviti seperti senaman pagi, kelas ICT dalam memperkenalkan kompone komputer, Klik Dengan Bijak (KDB) serta mewarna atas talian. Majlis diakhiri dengan memberi hadiah kenangan kepada peserta dan guru PDK dan sedikit makanan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti