Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2017

Jamuan akhir tahun ini diadakan bagi penutup tahun 2017. Ia bertujuan untuk menghargai ahli-ahli PI1M yang menyokong aktiviti PI1M dan mendapat menjamu selera dengan juadah dan aktiviti yang diadakan....baca selanjutnya

SUKANEKA BERSAMA KRT BANDAR PASIR MAS C

Aktiviti Terkini | 18 November 2017

Program Sukaneka ini diadakan bersama pihak KRT Bandar Pasir Mas C ,Pi1m turut serta bersama –sama berganding bahu bagi menjayakan sukan tahunan ini. Kerjasama yang kita adakan untuk mengeratkan hubungan antara warga komuniti dan pi1m tokla. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah mewarna bagi kanak-kanak, tiup belon, lastik kulit etok, futsal remaja, sepak takraw, kail botol,dart, sambut menantu,sepakan penalti dan haji serta cabutan bertuah. Penerangan mengenai KDB turut diselitkan. Pemeriksaan percuma dari pihak KOSPEN juga diadakan....baca selanjutnya

MINI GOTONG ROYONG SEMPENA BULAN ALAM SEKITAR

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2017

Program ini diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar pi1m dengan gotong royong bersama kanak kanak dan remaja. Penekanan terhadap pentingnya kebersihan diri, juga kebersihan kawasan sekitar. Memupuk sikap tanggungjawab dengan memberi tanggungjawab untuk menjaga tanaman dalam pasu. Memastikan keadaan di pi1m lebih bersih dan kemas....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB DI PROGRAM “JOM KE PERPUSTAKAAN” PERPUSTAKAAN DESA KG BECHAH SEMAK PERINGKAT ZON C PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Penyertaan program bersama pihak pustaka ini bagi memperkenalkan Pi1m pada penduduk sekitar yang mana rata-ratanya sudah mengenali pi1m secara luaran cuma secara dalaman masih belum lagi jelas. Sesi penerangan mengenai kemudahan yang pi1m sediakan termasuk dengan kemudahan menyertai kelas secara percuma serta kemudahan lain turut diketengahkan.Pameran yang diadakan termasuk tayangan video sepanjang program berlansung beserta penerangan mengenai fungsi Pi1m sebagai rakan digital warga komuniti. Disamping itu penglibatan agensi luar selaku ajk bersama turut memberi pi1m satu peluang baru sebagai satu lonjakan untuk meneruskan program lain di masa akan datang....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Program ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan di Pi1m bersama pengunjung cilik yang rata ratanya menjadi pengunjung setia di PI1M....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Jamuan Hari Raya yang diadakan bersama dengan Pi1m Tendong bagi meraikan komuniti sekitar Pi1m To’La dengan menghidang juadah hari raya disamping mengeratkan hubungan sillaturahim sesama umat Islam....baca selanjutnya

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian. Pusat Internet sebagai sebahagian dari warga komuniti berbesar hati untuk turut serta bagi mengeratkan hubungan bersama komuniti di kesempatan pada bulan yang mulia ini....baca selanjutnya

Program KDB, E-Waste Dan Pameran Robotik Di Karnival Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Mei 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara guru, pelajar serta pengunjung dan pihak pengurusan PI1M selain memberi pendedahan tentang apa itu robotik kearah kemahiran berfikir aras tinggi...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E-WASTE

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan murid sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekan kan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 05 - 06 Mei 2017

Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia (K1M) peringkat daerah pasir mas, berjaya menyatukan hubungan antara ahli K1M selain mempereratkan hubungan dengan agensi kerajaan. Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas Negeri Kelantan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Penggu, Bechah Semak, Pasir Mas, mengumpulkan ahli dari K1M dari seluruh daeerah pasir mas selain membabitkan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai akitiviti diadakan sempena program ini. Pada program itu, orang ramai juga berpeluang membeli produk seperti makanan ringan, makanan kesihatan dan kraftangan yang dihasilkan oleh K1M....baca selanjutnya

MINI GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Program ini diadakan bagi melatih peserta supaya mementingkan kebersihan, dapat menjaga kebersihan sekitar kawasan pi1m dan juga kebersihan diri. Peserta juga diabiasakan dengan sikap ringan tulang, mudah untuk memberi pertolongan dikala diperlukan....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

MINI SUKANEKA

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Program ini diadakan bagi mengisi masa lapang peserta sempena cuti sekolah dengan program yang berfaedah....baca selanjutnya

Program Gotong-royong

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017

Program ini diadakan bagi melatih peserta supaya mementingkan kebersihan, dapat menjaga kebersihan sekitar kawasan pi1m dan juga kebersihan diri. Peserta juga diabiasakan dengan sikap ringan tulang, mudah untuk memberi pertolongan dikala diperlukan....baca selanjutnya

Program Ibadah Solat

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017

Program ini diadakan bagi memberi didikan supaya pemahaman mereka yang lebih jelas bagi kanak kanak yang masih merangkak dalam bacaan dan tertib solat. Kita awali tahun 2017 dengan menitik beratkan ibadah di kalangan kanak kanak yang masih dalam peringkat awal....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti