Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Mengikut cerita orang-orang tua di kampung ini. Pada suatu hari, seorang ibu bertanya kepada anaknya “Nok gi mano tu?”. Lalu anaknya menjawab “Nok gi rumoh tok la”. Sejak hari itu kawasan padang itu dikenali sebagai kampung padang to’ la.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM KESIHATAN BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Program ini merupakan program pertunjukan masakan makanan yang sihat, pemeriksaan kesihatan dan pendedahan pentingnya pemeriksan kanser servik secara percuma kepada masyarakat kampung secara tidak lansung dapat mendekatkan masyarakat kampung dengan rawatan dan pencegahan awal terhadap sebarang penyakit....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti diadakan bagi mengeratkan hubungan komuniti antara pusat internet. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah isi air dalam botol, lompat tali, food relay, cari kelainan, sembunyi barang, game bonus teka biji gula-gula, online matematik racing, KDB Quiz serta penerangan mengenai KDB turut diselitkan....baca selanjutnya

PROGRAM GERAK JJ (JARINGAN & JALINAN) KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 08 November 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM SAYANG DI SAYANG BERSAMA PDK SURIA MAS

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran komuniti interaktif yang mengetengahkan pi1m sebagai pusat pembelajaran dalam kalangan komuniti sekeliling. Pendekatan bersama warga PDK ini bagi menjalinkan satu kerjasama bagi mengeratkan hubungan komuniti bersama staf pi1m dan PDK....baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

KEM KESIHATAN BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran interktif yang mengetengahkan internet sebagai satu medium untuk pembelajaran. Jalinan yang kita bina ini diharap dapat membuka peluang baru untuk program bersama akan datang....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BERSAMA WARGA KLINIK KESIHATAN PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 05 Julai 2018

Penyertaan program komuniti bersama warga Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas Kelantan. Program gotong royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan klinik supaya lebih bersih dan tersusun untuk orang awam mengunjungi klinik...baca selanjutnya

PROGRAM LUKISAN 3D BIRI-BIRI

Aktiviti Terkini | 08 Jun 2018

Program ini disertai oleh 8 peserta. Peserta diberi lukisan biri-biri, kapas, gam dan juga pensel warna. Peserta diminta untuk mewarna dan menampal kapas pada lukisan biri-biri. Aktiviti ini dapat menyerlahkan bakat kreativiti peserta. Ia juga dapat mengajar peserta untuk bekerjasam sesama mereka....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT BERSAMA TABIKA SRI MAS

Aktiviti Terkini | 02 Mei 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran interktif yang mengetengahkan internet sebagai satu medium untuk pembelajaran. Jalinan yang kita bina ini diharap dapat membuka peluang baru untuk program bersama akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM MINI SUKAN BERSAMA PDK SURIA MAS

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran komuniti interaktif yang mengetengahkan pi1m sebagai pusat pembelajaran dalam kalangan komuniti sekeliling. Pendekatan bersama warga PDK ini bagi menjalinkan satu kerjasama bagi mengeratkan hubungan komuniti bersama staf pi1m dan PDK....baca selanjutnya

PROGRAM FLUFFY SHEEP & ONLINE COLOURING BERSAMA TABIKA SRI EMBUN

Aktiviti Terkini | 23 April 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai peranan utama Pi1m sebagai pusat pembelajaran interktif yang mengetengahkan internet sebagai satu medium untuk pembelajaran. Jalinan yang kita bina ini diharap dapat membuka peluang baru untuk program bersama akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PESTA KOKURIKULUM

Aktiviti Terkini | 18 - 19 April 2018

Pendedahan tentang Program Advokasi yang dijalankan oleh setiap PI1M kepada warga sekolah dan masyarakat bagi membina pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK MEKASAR

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENGHASILKAN SANDWICH PALING KREATIF

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Aktiviti ini diadakan bagi mencetuskan kreativiti peserta untuk menghasilkan sandwich yang pelbagai bentuk dengan bahan yang diberikan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI - FARMASI BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG ANGKAT DUTA PRIHATIN MASYARAKAT KAMPUNG SARING

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Mac 2018

Jabatan Farmasi Negeri Kelantan telah bekerjasama dengan JKKKP Mukim Nering & Saring untuk mengadakan program tersebut. Oleh yang demikian, Pihak JKKK Kg Nering/Saring menjemput PI1M Kluster Pasir Puteh bawah Digi untuk membuka gerai pameran Advokasi KDB kepada pengunjung ke program Farmasi Peringkat Negeri Kelantan. Ini kerana program akan berlangsung di padang hadapan PI1M Tok Janggut,Kg Nering. Kluster PI1M Pasir Puteh akan membuka pameran di hadapan PI1M.Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari sabtu 10hb Mac 2018 pada pukul 11.00 pagi....baca selanjutnya

KELAS PENJAGAAN KULIT DAN MAKEUP BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2018

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penjagaan kulit yang betul untuk mendapat kulit yang sihat. Disamping itu juga, pihak Mary Kay, Puan Safiah memberi pendedahan mengenai makeup....baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN PROJEK AGRICULTURE FLAGSHIP

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (AgH) – Fasa 1& Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ini lebih kepada satu pengenalan kepada projek baharu pihak MARDI Malaysia dengan kerjasama KADA, RISDA dan lain lain agensi sector pertanian dan perikanan Malaysia yang dikenali sebagai Projek Agriculture Flagship (AGH) Fasa 1. Pihak Digi iaitu Encik Roslan turut mengambil bahagian pada akhir sesi bagi menerangkan tentang simkad Digi edisi khas bagi para pekerja yang terlibat dengan pembangunan projek ini, yang mana simkad ini turut akan dibekalkan kepada pertai dan usahawan sektor pertanian dan perikanan di Malaysia...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti